DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI

DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI
KLIK

Tuesday, 9 December 2014

ESP adalah makanan INDEKS GLISEMIK RENDAH

Satu kelebihan yang utama ESP adalah ia mengandungi indeks glisemik yang rendah.

Apakah indeks glisemik??  
Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah.

Siapa yg memerlukan index glisemik yg rendah? 
1. pesakit diabetes
2. mereka yang ingin berdiet.
3. mereka yang mempunyai tahap kolestrol tinggi
Manfaat indeks glisemik rendah:
1. Mencegah dan mengawal diabetes. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition (Juli 2002) menyimpulkan bahwa makanan ber-indeks glisemik tinggi meningkatkan risiko terkena diabetes type 2.
P/S: ESP sangat sesuai untuk pengidap diabetes..Jika ibu atau ayah ada diabetes, hadiahkan ESP kepada mereka.

2. Mencegah kanser. Artikel lain dalam jurnal yang sama menyebutkan adanya korelasi antara makanan tinggi indeks glikemik dengan kenaikan risiko kanser kolorektal, kanser payudara dan mungkin juga kanser ovarium dan prostat. Dr Atkins dalam New Diet Revolution menyebut hubungan antara kanser dengan indeks glikemik yang didasari oleh fakta bahwa sel kanser “mendapatkan makanan dari gula.” Buku itu juga menyebutkan bahwa penderita kanser payudara lebih mungkin untuk selamat dan kurang mengalami kekambuhan jika tingkat insulin tubuh mereka lebih rendah.


3. Penyakit jantung. Risiko penyakit jantung meningkat selari dengan jumlah kolesterol tubuh Anda. American Journal of Clinical Nutrition juga melaporkan bahwa diet rendah indeks glisemik mengurangi kolesterol jahat dan trigliserida dalam waktu satu bulan.


6. Menurunkan obesiti. Makanan dengan indeks glisemik rendah menciptakan rasa kenyang yang lebih besar dan bertahan lebih lama. (sebab itu makan ESP semasa perut kosong menyebabkan kita akan rasa kenyang yang berpanjangan). Sesuai diambil bagi mereka yang dalam proses diet.



Nampak bukan kebaikan ESP?
Ikuti testimoni pengguna ESP
sumber: sini

Monday, 8 December 2014

Teknik betul beri SIP(susuibu perahan) oleh pengasuh

Teknik betul beri SIP(susuibu perahan) oleh pengasuh

Susu ibu adalah makanan bagi bayi dan kerjasama pengasuh amat diperlukan sepanjang 2 tahun tempoh penyusuan.Panduan ini perlu kita berikan kepada pengasuh diharap sedikit sebanyak dpt membantu mengendalikan penyusuan bayi dgn baik.

  1. Elakkan memberikan SIP ketika bayi menangis.bayi mungkin hanya memerlukan perhatian pengasuhnya.
  2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya.Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut dan bukannya mengikut jadual.
  3. Berikan bayi minum secara menegak dan kepalanya diampu menggunakan tangan dan bukannya lengan.
  4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.
  5. Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dlm mulutnya.
  6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.
  7. Bayi yg akan menentukan bila dia patut berhenti minom. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dlm botol.
  8. Jika bayi kelihatan gelisah,minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP yg ada didlm botol.
  9. Pada waktu-waktu peralihan bulan (growth spurt) seperti usia bayi 3 bulan dan 6 bulan,lbh byk SIP diperlukan bagi membantu pengasuh mengawal keadaan bayi yg mungkin kerap meragam.


Sumber Majalah PA&MA

Friday, 5 December 2014

Tips meningkatkan penghasilan susu ibu bagi ibu bekerja



JOM KITER BACA TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU NIE..HARAP2 DAPAT MEMBANTU KALIAN YANG DALAM SITUASI BERGINI... BERKONGSI KE ARAH KEBAIKAN...
Bagaimana bagi ibu yang bekerja ataupun exclusively pumping?
Mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul  +  Pemakanan yang teratur dan seimbang  +   Air yang tidak kurang dari 2 liter sehari  + Supplement + Keyakinan dan semangat yang berterusan + Gembira serta berfikiran positif = Menghasilkan susu dengan jayanya.
Mengepam dengan konsisten dan teknik yang betul.
Ini membantu stimulasi sentiasa berlangsung dan penghasilan susu yang berterusan akan berlaku. Konsisten bermaksud sentiasa melakukan sesuatu itu dengan istiqamah...biar sedikit tetapi perlu berterusan. Teknik yang betul pula dikaitkan dengan memastikan si ibu itu mengepam dan memastikan sehingga payudara benar-benar kosong. Adakah jenis pam mempengaruhi penghasilan susu? Ada pendapat mengatakan pam yang memberi rasa keselesaan pada si ibu membantu menghasilkan susu dengan lebih baik. Ini kerana pam yang selesa tidak akan membuatkan si ibu rasa sakit semasa sesi mengepam dan ini akan melancarkan pengaliran susuibu dengan mood yang tenang dan gembira. Pam tidak semestinya berharga mahal ...memadai memberi keselesaan pada si ibu.
Pemakanan yang teratur dan seimbang.
Sangat penting bagi ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu memastikan pengambilan makanan yang teratur dan seimbang. Bermaksud si ibu tidak boleh sama sekali skip daily meal. Daily meal perlulah mengandungi lengkap semua keperluan vitamin demi memastikan susu yang dihasilkan penuh dengan nutrisi yang seimbang. Ada ibu2 yang mempunyai perasaan takut akan gemuk jika makan sedangkan proses penghasilan susuibu itu sendiri membantu pembakaran kalori dari tubuh ibu.
 
 
 
Air yang tidak kurang dari 2 liter sehari 
Pengambilan air sangat membantu penghasilan susu dengan baik. Namun masih terdapat ibu2 yang bekerjaya yang malas untuk menggantikan air dalam tubuh mereka atas alasan malas untuk ke tandas. Badan ibu akan mudah kekeringan (dehydrate) apabila terlalu terdedah dengan matahari (terutama mereka yang kerja luar dan terdedah kepada panas) serta mereka yang terlalu terdedah kepada kesejukan. Berapa banyak air yang perlu diminum? Bergantung kepada badan si ibu dan yang pasti minima ialah 2 liter.
Supplement
Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa si ibu tidak perlu mengamalkan pemakanan tambahan untuk menjayakan penyusuan. Ini adalah benar bagi mereka yang mempunyai pengambilan makanan yang teratur dan seimbang dari semua zat pemakanan yang perlu. Jika kita boleh pastikan makanan harian kita mengandungi 500mg vit C , kalsium dan magnesium, segala zat dalam multivitamin dan healthy life style...maka golongan ini tidak memerlukan vitamin. Namun jika anda adalah seorang yang bekerja dan pengambilan makanan anda tidak dapat memenuhi keperluan badan anda, supplement sangat digalakkan.
Supplement hanyalah untuk mengisi ruang kekosongan di dalam badan anda yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian. Jika si ibu adalah berbadan besar tidak bermakna si ibu itu sihat. Some goes to thin mother. Supplement asas yang perlu untuk badan si ibu sustained dan sihat ialah : multivitamin, b complex , vitamin C dan protin . Pengambilan protin boleh digantikan dengan alfalfa kerana kandungan alfalfa turut mempunyai protin namun pada kuantiti yang minima. Pengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang selari agar ianya dapat diserap oleh seluruh tubuh dengan baik sekali.
 
 
Keyakinan dan semangat yang berterusan
Pembacaan yang banyak dan ilmu yang luas dapat membantu si ibu terus berkeyakinan dan semangat berterusan. Berkawan dengan ibu yang turut menyusukan anak juga menjadi pemangkin untuk si ibu terus bersemangat untuk menyusukan anaknya. Banyakkan berzikir kerana ini antara yang dapat menghidupkan rohani dan secara langsung kita dijauhkan dengan sifat malas atau mengalah.
Gembira serta berfikiran positif 
Jika si ibu itu memastikan pengambilan makanannya mengandungi cukup vitamin B atau lengkap dengan semua vitamin B , insyaAllah si ibu itu akan sentiasa gembira dan berfikiran positif. Ada kajian yang mendapati ibu yang mudah mengalah, cepat marah, mudah mengamuk, sensitif dan mudah penat dan sakit adalah mereka yang KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX di dalam tubuh mereka.  B complex tidak akan menggemukkan sebaliknya ia membantu si ibu itu maintain dan lebih nampak cantik serta berseri.
Akhir kata; berkawanlah dengan mereka yang menyusukan anak kerana ini membantu menaikkan semangat si ibu untuk terus menyusu. Abaikan mereka yang cuba merosakkan keyakinan anda untuk terus berjaya dalam penyusuan. Jangan mengalah...lalui semua cabaran dengan tenang kerana pahala yang banyak tersedia untuk ibu yang terus sabar dan berusaha untuk berjaya.
 
 



sumber: sini

Wednesday, 19 November 2014

CARA MAKAN OMEGA GUARD UNTUK KANAK-KANAK

ASSALAMUALAIKUM..

Ramai mommies yg berminat dengan OMEGAGURAD SHAKLEE.

OMEGAGUARD ni minyak ikan terbaik okeh!!

Antara kebaikannya untuk kanak-kanak adalah: 

  • Meningkatkan kecerdasan otak kanak-kanak 
  • Membantu merawat asma di kalangan kanak-kanak 
  • Membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD 
  • Membantu mengekalkan kesihatan optima kepada kanak-kanak 
  • Meningkatkan keupayaan pembelajaran dan kemahiran kognitif kanak-kanak

Masalahnya..ada sesetengah anak tak pandai nak makan omega nih..
ada yang tak tahan dengan baunya..
serius bau hanyir..dah minyak ikan kan..hanyir ikan la baunya..

Panduan Yang Boleh Digunakan Dalam Memberi Omega Guard Kepada Kanak-Kanak

  • Anak seawal usia 1 tahun selamat untuk diberikan Omega Guard.
  • Bilangan kapsul yang boleh diberikan adalah 1 kapsul sehari.
  • Kapsul Omega Guard ini diperbuat daripada gel lembut yang halal. Ia mudah ditelan dan mudah larut.
  • Jika anak tidak boleh menelan kapsul, gel Omega Guard boleh dicucuk dan diberi makan dengan sudu.
  • Bagi anak yang memilih makanan, pecahkan gel Omega Guard untuk dicampurkan ke dalam makanan atau susu. 


Cara Makan Omega Guard Untuk Kanak-Kanak 


Cara Makan 1: 
Kapsul Omega Guard boleh dipicit dengan jarum dan dimasukkan dalam susu anak 

Cara Makan 2: 
Boleh dikunyah begitu sahaja. Kapsul adalah lembut dan selamat di makan oleh kanak-kanak 2 tahun ke atas.
Cara Makan 3: 
Dipicit dengan jarum, minyak ikan dicampur dalam makanan dan minuman kegemaran.
Cara Makan 4: 
Dipicit dengan jarum, minyak ikan di letak pada sudu dan diberi pada anak seperti ubat.

 
Cara Makan 5:
Ditelan begitu sahaja, untuk kanak-kanak 10 tahun ke atas.
 



Harap2 mommies semua boleh uashakan anak-anak ni makan omegaguard memandangkan khasiatnya terutama bagi menjana minda ygcerdas memamng terbukti!!



credit: sini














Tuesday, 18 November 2014

Saya nak kurus. Mana nak pilih antara Lecithin atau Omega Guard?



Ramai pelanggan bila cuba untuk turunkan berat, mereka akan keliru sama ada nak pilih pengemulsi lemak antara Lecithin atau Omega Guard. Ini kerana kedua-dua produk ni dicadangkan untuk proses penurunan berat badan. Jadi sebelum anda memilih untuk mendapatkan samada Lecithin atau pun Omega Guard, apa kata baca dulu kupasan kedua-dua produk berikut.

========================================================================

Lecithin adalah makanan super semulajadi yang hebat seperti mana kebanyakan supplement yang digabungkan di dalam satu kapsul kerana ianya membekalkan gabungan lemak yang bernutrisi dan sesetengah vitamin B. Orang ramai menggunakan supplement Lecithin sejak berdekad lalu. Sumber terbaik Lecithin boleh ditemui di dalam kuning telur dan susu soya (serta otak haiwan, yang diambil sebagai makanan) tetapi kita tidak mampu untuk mengambil sumber Lecithin tersebut di dalam kuantiti yang diperlukan oleh keperluan harian kita. Ini adalah perkara yang sangat merugikan kerana Lecithin sangat berguna kepada hampir kebanyakan sel di dalam tubuh badan kita. Lecithin digunakan oleh tubuh badan kita dalam beberapa cara yang berbeza tetapi kebanyakan menggunakan supplement Lecithin terutamanya untuk kawalan kolestrol atau pun untuk meningkatkan minda.


Lecithin sebenarnya adalah campuran semulajadi phospholipid. Walaupun Lecithin bukanlah nutrien penting, ia mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang menjadikan ianya bernilai termasuk sebagai sebahagian daripada rutin tambahan harian. Ia melindungi sel-sel anda dengan memudahkan pergerakan lemak, bahan buangan, nutrien dan ion dalam dan di luar sel-sel, sambil mengekalkan struktur sel yang kuat untuk mengekalkan bentuknya.

Terdapat banyak faedah Lecithin, seperti:
  1. Menggalakkan penurunan berat badan yang sihat. Lecithin mempercepatkan pemecahan lemak, membantu keseluruhan proses dan hasilnya boleh meningkatkan metabolisme. Ia telah digunakan agak berkesan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat untuk menggalakkan penurunan berat badan. Terbaik dari semua kerana ia adalah semulajadi, Lecithin membolehkan badan kita untuk mengurangkan berat badan dengan betul tanpa bergantung kepada ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kemudaratan di kawasan-kawasan lain kesihatan kita.
  2. Merendahkan kolesterol. Manfaat Lecithin untuk menurunkan kolesterol yang terkenal kerana ia telah digunakan selama beberapa dekad dalam merawat pesakit dengan kolesterol tinggi. Ia mengawal aliran nutrien dalam dan di luar sel-sel anda dan mencegah pembentukan lemak pada dinding jantung, arteri dan otak dengan memecahkan lemak. Atas sebab ini, ia bukan sahaja faedah paras kolesterol, tetapi juga kesihatan kardiovaskular kita juga.
  3. Penting untuk kesihatan hati. Doktor dan saintis telah dikenali untuk beberapa lama bahawa lesitin dan choline kedua-duanya adalah penting untuk fungsi hati dan kesihatan. Dengan mengekalkan lemak hati tersebar dalam air, lesitin dan choline boleh menghalang mereka daripada lemak terkumpul. Juga, kerana mereka mengawal aliran nutrien dalam dan di luar, mereka boleh dasarnya mengusir toksin dari hati anda sebelum mereka menyebabkan kemudaratan.

Kepentingan Lecithin :

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
=======================================================================

Kita sudah ketahui Lecithin boleh membantu untuk penurunan berat badan yang sihat serta merendahkan kolestrol. Bagaimana pula dengan Omega Guard? Diketahui Omega Guard adalah sumber asid lemak Omega-3 yang paling tinggi.


Hubungan antara Omega 3 dan berat badan yang terbukti - jika kita mahu untuk menurunkan berat badan dengan cara yang lebih mudah, pastikan kita memasukkan sumber asid lemak omega-3 minyak dalam diet kita.

Terdapat kajian mengenai banyak faedah omega-3, terutamanya yang melibatkan omega-3 dan penurunan berat badan. Seperti yang kita akan ketahui nanti, asid lemak Omega-3 tidak hanya membantu sebaliknya mereka lebih diperlukan dalam pembakaran lemak dan berat badan.

Kenapa?

Kerana asid lemak omega-3 adalah asid lemak yang penting untuk fisiologi normal tubuh badan kita. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega-3 sendiri, jadi kita perlu mendapatkan mereka daripada makanan atau makanan tambahan.



Ini adalah apa penyelidikan perubatan pepejal telah terbukti mengenai minyak Omega-3. Mereka membantu mengurangkan kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi dan merupakan bantuan yang sangat berharga dalam banyak penyakit seperti:

  • diabetes
  • sindrom usus (IBS)
  • artritis reumatoid
  • masalah kulit
  • osteoporosis
  • kemurungan
  • ADHD (perhatian defisit hiperaktif gangguan)
  • asma
  • pelbagai jenis kanser (terutamanya payudara, kolon dan prostat kanser).

Oleh kerana kita sedang memberi tumpuan kepada kehilangan berat badan lebih mudah dengan bantuan asid lemak omega-3, di sini adalah apa yang kita perlu tahu mengenai

Omega 3 dan Manfaat kepada Berat Badan:
  • Kandungan asid lemak Omega-3 EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) menurunkan paras insulin kita, jadi apa-apa kalori tambahan yang kita makan akan dibakar untuk tenaga, bukannya disimpan sebagai lemak badan
  • Omega 3 minyak adalah anti-lipogenic (blok penyimpanan lemak dalam badan anda) dan meningkatkan kadar metabolik anda, jadi anda membakar lemak badan lebih cepat
  • Omega tiga asid lemak menyekat pengeluaran kortisol, hormon yang berkaitan dengan tekanan lemak simpanan yang juga menyebabkan anda menyimpan vs membakar kalori tambahan
  • Asid lemak omega-3 telah terbukti untuk meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam, sekali gus meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lebih banyak lemak
  • Diet yang kaya dengan minyak omega-3 meningkatkan tahap gula dalam darah (hipoglisemia) dan hasilnya, kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk menjalankan urusan seharian
  • Asid lemak omega-3 meningkatkan fungsi hati - organ lemak pengurusan anda
  • Sebagai nota sampingan, selain daripada faedah di atas Omega 3 asid lemak, terdapat beberapa faedah penting asid lemak lain yang anda perlu mengambil kira:
  • Omega-6 asid lemak GLA (asid gamma-linolenik) meningkatkan tahap serotonin - bahan kimia otak yang membuat anda makan kurang menurunkan selera makan, rasa penuh & berpuas hati lagi, dan kurang cenderung untuk overindulge
  • Tonaline atau CLA (asid linoleik conjugated), asid lemak yang berlaku kurang dan kurang dalam daging dan produk tenusu hari ini, meningkatkan kadar di mana badan anda membakar deposit lemak dan membantu anda berkembang atau mengekalkan jisim otot anda.
Seperti yang kita telah baca, terdapat sambungan penting antara Omega 3 dan berat badan yang kita yang tidak harus diabaikan.

Sumber asid lemak Omega-3 terbaik? Semestinya Omega Guard. Kerana terdapat pelbagai keistimewaan Omega Guard Shaklee

  • Melindungi Jantung anda ~Ia membekalkan asid lemak omega -3 berpotensi ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung ~satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega -3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • Ultratulen dan bergred Farmaseutikal ~Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega -3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bhn2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdpt dlm ikan
  • Minyak Ikan terbaik di dunia~mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi,DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak.

Selain tu, Omega Guard juga berdiri di atas standard yang bertaraf antarabangsa dengan
  1. Omega Guard Shaklee dihasilkan menerusi kaedah teknologi terkini iaitu ultratulen bergred farmaseutikal. Maksudnya ia melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul yg dpt memekatkan asid lemak Omega3 paling tulen.
  2. Teknologi ini dapat menyingkirkan bahan-bahan berbahaya yg terdapat dalam ikan seperti plumbum, arsenik, merkuri, etc. Kebanyakan jenama lain hanya menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Kaedah ini bukan hanya memusnahkan sesetengah nutrient malah tidak boleh menapis kandungan logam yg membahayakan kesiahatn seperti plumbun,merkuri,etc . (Info tambahan didapati daripada nutrionist Shaklee, katanya tak semua pengeluar minyak ikan menggunakan penyulingan proprietari tiga molekul. Kalau ada pun hanya penyulingan 1x atau 2x sahaja. Kenapa? Sebab penyulingan proprietari tiga molekul ni merupakan satu proses yang mahal. Shaklee sahaja yg melalui penyulingan 3x sbb nak berikan yg terbaik utk pembeli2nya)
  3. Omega Guard Shaklee tidak diekstrak dari minyak hati ikan kerana di hati lah terdapat kandungan toksik tinggi
  4. Minyak ikan Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk seperti sardin, mackerel, herring dan anchovies. Kalau kita rujuk jenis2 ikan dan tahap merkurinya, ikan-kan yg digunakan oleh Shaklee adalah ikan yg tahap merkurinya terendah. Dan kajian juga menunjukkan bahawa ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yg sangat tinggi berbanding ikan lain..Ditambah dgn proses penyulingan 3x, Omega Guard memang terbaik.
  5. Omega guard (minyak ikan) Shaklee lengkap dgn 7 jenis asid lemak omega 3 yg perlu oleh badan iaitu DHA, EPA, HPA, ETA, SDA, DPA. Badan kita tak mampu menghasilkan asid lemak perlu ni utk proses metabolisme,etc.. Jadi kena dapatkan dari sumber makanan dan suplemen EPA
  6. Satu sajian Omega guard Shaklee (Recommended daily serving is 3 capsules) membekalkan 900mg asid lemak omega 3 yg perlu ie EPA dan DHA. Berdasarkan jadual dibawah, kandungan EPA dan DHA didalam Omega Shaklee antara yg tertinggi berbanding jenama lain
fatlossboss.com

========================================================================

MANA SATU NAK PILIH ANTARA OMEGA GUARD DAN LECITHIN? (kena tulis beso-beso, kang orang tak nampak dan tak menjawab soalan)

Senang je jawapannnya. Nak sampai stesen turunkan berat badan dengan naik kapal terbang, amek lah Omega Guard. Nak naik kereta, amek lah Lecithin.

Agak-agak apa beza perjalanan kita menggunakan kapal terbang dengan kereta ye? Apa beza dari segi masa? Apa beza dari segi jarak? Apa beza dari segi bajet?

JAWAPANNYA.

Amek lah kereta (Lecithin)
Kalau rasa nak amek masa jalan-jalan makan angin rileks-rileks.
Kalau rasa nak makan angin dengan jarak yang jauh.
Kalau rasa poket tak berapa nak tebal.

Amek lah kapal terbang (Omega Guard)
Kalau rasa nak cepat sampai ni, malas nak menunggu lama-lama.
Kalau rasa malas lah nak duduk lama-lama.
Kalau rasa poket tu mampu.




credit: sini




Thursday, 6 November 2014

Kepentingan DHA dan EPA bagi ibu-ibu hamil dan juga kanak-kanak

"Dalam tubuh, asid lemak omega-3 ditukar kepada DHA dan EPA (asid docosahexaenoic dan asid eicosapentaenoic, masing-masing). DHA dan EPA yang sangat lemak tak tepu yang memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan visi dan fungsi otak bayi."
Dan ingin cikgu kongsikan ape kepentingan DHA dan EPA ni bagi ibu-ibu hamil dan juga kanak-kanak.. 
Kesan pengambilan DHA dan EPA kepada kandungan
Wanita mengandung perlu mengambil 1500mg DHA (800mg EPA) sehari untuk menampung keperluan dirinya dan kandungan. DHA adalah nutrien penting untuk mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental utk menyedari dan memahami sesuatu) dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat).
Mengikut keputusan kajian yang membandingkan wanita mengandung yang mengambil sehingga 1100mg DHA (serta 800mg EPA) setiap hari dengan wanita mengandung yang mengambil cuma 100mg DHA setiap hari , wanita yang mengambil DHA 1100mg melahirkan anak (kanak-kanak A) yang mempunyai tahap IQ iaitu kebolehan berfikir dan memahami yang lebih tinggi (mendapat markah IQ yang lebih tinggi) sehingga kanak-kanak itu berumur empat tahun berbanding kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya mengambil 100mg (kanak-kanak B). Kanak-kanak A juga mempunyai kualiti tidur yang lebih baik, immuniti yang lebih baik serta kurang risiko alergik.
Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA pada kanak-kanak 
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.
Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak.

Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.


Kesimpulanya, utk perkembangan kanak2 yg optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak2 mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Cth makanan yg kaya dgn Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dgn omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dlm diet harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA


Apa yg special sangat Shaklee Omega Guard?.. Sila baca sebab dibwh...


 
Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.* 

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
sumber: Shaklee website




 
KREDIT: sini

Wednesday, 29 October 2014

10 Fakta yg membuatkan ibu BERAZAM untuk menyusukan bayi

Assalamualaikum..

Cikgu rasa ramai tahu tentang kebaikan ibu menyusu bayi dengan susu ibu kerana susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi. Ia membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Tetapi berapa ramaikah yang tahu tentang terdapat banyaknya faedah-faedah lain ibu menyusu bayi?


  1. Bagi ibu yang baru bersalin, apabila bayi mula menyusu, ia secara langsung membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan. Semasa proses pengecutan rahim lebih kurang pada hari ketiga atau keempat selepas bersalin, seorang ibu merasa sakit seperti senggugut sewaktu baby menghisap susu. Tetapi sakitnya tidak lama kerana ia hilang selepas hari kelima. Jika anda merasa sakit, ia adalah sesuatu yang normal dan ini menunjukkan proses pengecutan rahim sedang berlaku.
  2. Bagi ibu menyusu, penyusuan itu sendiri menjadi seperti “pil perancang” kerana ia dapat menjarakkan kehamilan secara semulajadi. Selepas bersalin, kedatangan haid menjadi lambat (mungkin sehingga 12 bulan!) semasa penyusuan secara eksklusif.
  3. Kajian ada menunjukkan, penyusuan susu ibu mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta risiko osteoporosis. Jika diet kita mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran segar, maka bertambah rendahlah risiko penyakit-pemyakit berikut.
  4. Semasa mengandung, berat badan ibu akan naik disebabkan pertambahan darah dan lemak dalam badan serta “water retention”. Semua pertambahan ini akan hilang apabila ibu menyusu bayinya. Menyusu bayi membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin. Kajian juga mengatakan ibu yang menyusu bayinya lebih cepat turun berat badan dibandingkan dengan ibu yang menyusu bayinya dengan susu formula.
  5. Menyusu bayi dengan susu ibu mengurangkan kos kerana tidak perlu membeli susu formula. (Sungguhpun begitu, kalau rasa tidak mampu untuk meneruskan dengan susu badan sekurang-kurangnya 6 bulan, jangan rasa terkilan kerana anda telah berjaya menyusui bayi anda selama yang anda mampu.)
  6. Susu ibu merupakan sumber imunisasi pertama bayi, mengandungi kolostrum yang hanya dikeluarkan pada 3 hari pertama kelahiran, bertindak sebagai antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan. Ini membantu mengurangkan masalah alahan yang mudah terjadi pada bayi. Jikalau bayi selsema, susu ibu boleh mempercepatkan pemulihan daripada selsema.
  7. Susu ibu mudah hadam serta tidak timbul masalah sistem penghadaman. Oleh itu, bayi anda tidak kerap buang air besar. Mungkin ada ibu-ibu yang risau tentang ini. Ini adalah normal untuk bayi yang menyusu badan secara eksklusif, bayi anda mungkin buang air besar selang 2-3 hari. Ada juga yang seminggu.
  8. Susu ibu sentiasa ada, memudahkan “on demand feeding” serta sentiasa sedia pada suhu yang tetap. Sungguhpun bekerja, susu ibu boleh diperah dan disimpan dengan mudah sekali.
  9. Penyusuan bayi menggalakkan ikatan (bonding). Kajian juga menunjukkan bayi yang disusui membesar menjadi seorang dewasa yang bertimbangrasa dan mudah memahami orang lain.
  10. Bayi yang disusui lebih daripada 6 bulan membesar dengan risiko rendah untuk mendapat tekanan darah tinggi dan paras cholesterolnya yang rendah.
 
kredit: sini

Tuesday, 28 October 2014

Tips mudah menambah susu Ibu




Assalamualaikum..

cikgu biasa  sangat dengar ibu-ibu yang mengeluh 'susu kurang, susu takde,anak merengek sebab tak kenyang'..dan terus tukar kepada susu formula..

Kalau ibu2 memahami betapa 'mahalnya' khasiat susu ibu..mesti mommies akan berusaha bersungguh2 utk mematikan bayi kesayangan mendapat susu ibu..sekurang2nya dalam tempoh 6 bulan.



PRODUK UNTUK MENAMBAH SUSU IBU : PIL ASI, THE MILK STORY ( CHOCOLATE DRINK ) . LIKE US  & GET IT NOW FROM https://www.facebook.com/marissa.shoppe 

 Harini cikgu share tips yg simple2 utk membantu mommies mengekalkan niat nak menyusukan baby..

 Pengambilan Air
  • Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang

  • Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.
Psikologi
  • Susu saya cukup untuk bayi saya!
  • Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insya-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Kekerapan mengepam
  • Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2 hingga 3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.
Doa
  • Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.
Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu, jika mommies yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan,cikgu cadangkan mommies mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.


Cadangan supplemen untuk Ibu Menyusu
Vitalea, B complex, Vitamin C / Chewable Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.





Sumber: sini

Sunday, 26 October 2014

Fakta menarik yg mesti dibaca oleh ibu menyusu atau Bakal Ibu!

Assalamualaikum..
amboii..lama kemain cikgu tak hapdet blog nih ..

harini cikgu nak share satu artikel..cikgu memang suka baca dan study pasal penyusuan susu ibu..banyak ilmu boleh dapat disamping jadi motivasi untuk terus menyusukan zidan sampai 2 tahun..

*Fakta: berat badan bayi yang hanya minum susu ibu BERKURANGAN apabila usianya meningkat


Kalau dilihat dalam carta di sebelah (dari laman kellymom.com), berat badan bayi yang hanya diberi susu ibu tanpa dicampur susu formula naik mendadak dalam 4 bulan pertama dan makin berkurangan selepas itu (dot yang berwarna merah). Apabila usia 9-10 bulan, kenaikan beratnya amatlah perlahan, mungkin setakat 100-200g sahaja.

Jika dibandingkan dengan bayi yang diberi susu formula, kenaikannya tetap banyak sehingga 500g ketika usia 9-10 bulan dan berterusan begini sehingga lebih daripada usia 1 tahun.

Anda mungkin tertanya, kenapa kenaikan berat badan bayi yang hanya minum susu ibu berkurangan apabila usianya meningkat?
Berikut adalah pemahaman saya selepas membaca dari pelbagai sumber. Susu ibu mudah dihadam jika dibandingkan dengan susu formula. Bagi menghadamkan susu formula, badan bayi akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk memecahkan susu formula ke dalam bentuk yang mudah dihadam. Apabila banyak tenaga digunakan untuk tujuan ini, bayi akan merasa penat dan tidur untuk lebih lama.

Manakala bayi yang diberi susu ibu sahaja, penghadamannya yang lebih cepat tidak menggunakan tenaga yang terlalu banyak. Oleh itu, bayi ini selalunya lebih aktif sebab tenaganya yang lebih digunakan untuk belajar bergerak seperti duduk, mengesot dan merangkak. Oleh kerana banyak bergerak, (atau orang kata “aktif”) berat badannya menyusut serta kenaikannya tidak banyak. Badan yang ringan lebih mudah untuk melakukan pergerakan yang lebih kompleks seperti merangkak.
 
Untuk bayi, melakukan banyak pergerakan amat penting kerana pada masa pergerakan ini banyak saraf dalam otak akan terbina yang juga melibatkan saraf ototnya. Otak bayi hanya akan berkembang bila dia banyak bergerak dan berlatih banyak kali dalam melakukan sesuatu pergerakan. Apabila bergerak, banyak saraf otak akan terbina yang akan digunakan untuk mengawal ototnya. Anda mungkin perasan yang bayi melakukan sesuatu pergerakan berulangkali sehingga dia mampu mengawal pergerakannya “secara sedar”. Sebelum itu, pergerakannya seperti tidak mampu dikawal dan terjadi secara automatik.

Jadi, bayi yang ringan badannya, secara amnya, lebih cepat belajar untuk mengawal pergerakan badannya oleh kerana tidak terbatas oleh berat badannya..

Walaupun bayi yang aktif seperti ini macam tak banyak tidur atau tidur tak lama, sebenarnya tidurnya cukup. Dia akan tidur bila dia rasa nak tidur dan bangun apabila rasa cukup. (Babysitter atau maid mungkin akan merasa penat menjaga bayi yang aktif seperti ini…kalau bayi tidur lama, memang akan menyenangkan babysitter dan maid!)

Kalau bayi anda sihat, aktif belajar bergerak dan susu perahan mencukupi serta dia mahu makan dengan baik, kemungkinan besar bayi anda tidak perlu susu formula sebagai tambahan. Jadi, terpulang kepada anda untuk menimbangkan baik dan buruknya untuk tambah susu formula jika tujuannya hanya semata-mata untuk menaikkan berat badannya dan buat dia tidur lama.

**************************************************************************

apa kesimpulan mommies boleh bagi kat sini..
faham ke faham?

so, berusahalah agar baby kita dapat manfaat sepenuhnya dari susu ibu tau!!



kredit: sini

Friday, 17 October 2014

Mengapa susu badan dianggap terbaik?

Mengapa susu badan dianggap terbaik?

Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah berikut:
  • Jangkitan dalam telinga (otitis media)
  • Alahan
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
  • Meningitis
www.cikguvita.blogspot.com

Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:
  • Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
  • Tidak perlu disediakan.
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
  • Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:
  • Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
  • Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
  • Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
  • Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.

Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.

Sebagai sokongan, para ibu bolehlah mengamalkan supplement untuk penghasilan susu ibu yg berkhasiat dan berkualiti, serta membantu menjaga kesihatan ibu dan bayi.
Cadangan cikgu harusla set supplement untuk ibu menyusu. Cikgu sendiri dah suba dan memang sangat membantu cikgu menghasilkan susu yg lebih meriah, tenaga yg lebih banyak dan badan yg lebih sihat!!
 

Wednesday, 15 October 2014

3 Fakta menarik ESP Shaklee untuk ibu menyusu



ESP memang HOT!!
Cikgu mula berkenalan dengan ESP ni tahun lepas..masa tu tengah mengandungkan si Zidan..4 bulan zidan dalam perut masa tu..memula risau jugak kot tak lalu nak minum..soya kan..rupa2nya..alhamdulillah..elok je boleh terima..hari2 minum..cikgu blendkan fresh milk ,kurma dengan ESP..memang marbelles.
Cikgu memang rekomen habisla kat mommies yg pregnen..mommies kena ingat, protin sangat penting untuk pertumbuhan..terutama baby dalam perut.make sure mommies dapat bekalan protin secukupnya ketika hamil. Mommies tau tak, pregnen women perlukan 71gm protin setiap hari?

 
Nak tahu apa itu ESP? Boleh lanjutkan pembacaan di sini.


Hari ni cikgu nak share pasal ESP dengan ibu menyusu (macam cikgu laaa)

Kenapa ibu menyusu memilih ESP? Sedikit fakta tentang ESP.
 "ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting."


 Ramai di kalangan ibu menyusu memilih ESP kerana bagi mereka, ESP memberi kelebihan berikut :-
  1. Bantu beri mereka tenaga yang berpanjangan kerana kelebihan indeks glisemik rendah dalam ESP. Penyusuan boleh membakar kalori dari 200-500 sehari. Jika ibu menyusu tidak makan dengan seckupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ia mungkin juga menjadi penyebab kepada keletihan. Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu.

    "Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu"
  2. Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protin dan kalsium. Dengan pengambilan ESP, secara tidak langsung ibu2 menyusu boleh mencukupkan keperluan protin harian. Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Protein juga adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi. Susu ibu mengandungi protein yang sempurna untuk bayi, dan protin akan diambil dr dalam diet anda untuk diberikan kepada bayi anda. Tapi perlu diingatkan ESP bukan lah memperbanyakkan susu, tetapi ianya merupakan suatu bonus kepada badan ibu itu sendiri untuk menghasilkan susu badan yang cukup. Ianya adalah untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak diambil oleh ibu di dalam pemakanan mereka setiap hari. Protein adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi andaMenurut Ohio State University xtension, ibu-ibu harus mempunyai 71 g protein setiap hari.
  3. Kulit ibu lebih gebu dan cantik. Ini merupakan satu bonus kepada ibu2 menyusu. Di samping menggunakan ESP sengai makanan tambahan, ibu2 mendapati kulit mereka lebih gebu, halus dan cerah dari yang sebelumnya. Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. sebab itu lah ibu-ibu mendapati kulit mereka lebih segar dan cantik selepas pengambilan ESP. 
Walaubagaimanapun perlu diingatkan, selain mengamalkan pengambilan ESP,  ibu2 perlu mengamalkan teknik penyusuan dengan betul, pengambilan air yang cukup dan jadual pam yg konsisten semasa anak tiada bersama bagi menyokong kejayaan perjalanan penyusuan. Fahami konsep supply by demand. Pastikan juga ibu jauh dari stress dan dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat terutama suami. InsyaaAllah anda mampu melengkapkan tempoh penyusuan sehingga 2 tahun, terbaik untuk anak anda :)
 
 
sumber: sini

Saturday, 4 October 2014

ESP BOLEH BANTU UNTUK KURUS???









ESP BOLEH BANTU UNTUK KURUS???

Ya..sebab ESP ada leucine. Tahu apa itu leucine?
Leucine ni ialah salah satu daripada 9 asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
Leucine ni ada fungsi yang tersendiri dan sangat membantu menurunkan berat badan.

 Bagaimana?
1. Membakar lemak visceral. Lemak visceral adalah lemak yang berada paling dalam (di bahagian perut) dan susah nak disingkirkan. Tapi leucine ni dapat bantu bakar lemak viseral ni.


2. Rasa kenyang yang berpanjangan.
Perasan tak bila kita minum ESP kita rasa kenyang dan bertenaga? Sebab Leucine ni bantu bertindak dalam metabolisme glucose. (Glukose ni diperlukan untuk tenaga). Jadi, bila kita minum ESP, even tak makan atau pun masa kita berpuasa ; kita still rasa kenyang...rasa bertenaga.
Selain tu, leucin ni juga boleh rendahkan tahap triglycerides dalam darah yang akan membantu leptin (sejenis hormon) meransang otak dengan lebih baik supaya anda berasa kenyang pada kalori yang rendah... and that's why if nak kurus ESP ni ambil sebelum makan, so, time makan tu kita dah rasa kenyang...automatik kita akan kurang makan.

3. Membina semula otot.
Memang kita boleh dapat leucine dari makanan lain, tapi antara banyak-banyak asid amino, Leucine ni mudah rosak lagi-lagi time senaman. So that's why kita perlukan supplements yang ada leucine (which is ESP la kan) untuk bina semula otot, dan untuk menjalankan fungsi lain. Ha.. tu sebab korang tengok atlet selalunya ambil protein...sebab diorang tak nak kehilangan otot diorang. Kan otot diorang pejal gitu!

Lagi 1...Perasan tak orang yang skip karbohidrat cepat kurus(kurang makan nasi dan sebagainya) dan cepat gemuk?
Nak tahu kenapa?
SEBAB penurunan berat badan macam ni akan menyebabkan kita kehilangan otot. Bila kehilangan otot, ia akan perlahankan metabolisme badan, so orang tu akan naik berat badan dengan cepat.
TAPI.. if kita ambil ESP ni, Leucine dapat kekalkan tisu tanpa lemak. Dalam kata lain, ESP (yang kaya dengan leucine) ni dapat bantu kita kurus kan badan dengan pembakaran lemak dan bukannya mengurangkan jisim otot.
Faham kan?
Selain ESP, supplement Shaklee yang ada leucine ni ialah Cinch shake.




credit: fb stayhealthy

Saturday, 20 September 2014

Kenapa perempuan ramai yang nak berKOLAGEN?

Asssalamualaikum..

Dulu-dulu bila orng sebut pasal kolagen..cikgu tak kisah pon..bajet macam soalan tak masuk peksa kan..buat dek aje.
tapi sekarang..dah masuk3series..bila makin ramai rakan seusia dok bersembang pasal kolagen..baru la mula nak amik tau..

Apa benda kolagen ni sebenarnye???

Untuk pengetahuan anda, bila seseorang itu (lelaki atau perempuan) meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan bewarna kusam. So, apa kena mengena dengan kolagennya? Well, kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen. But apa akan jadi kalau kulit kekurangan kolagen tertentu?hmmm, kita akan jadi tua.


(Klik gambar untuk tumbesaran)


Sebab itu lah ada makcik-makcik yang pakai kolagen akan kata "Kolagen ni kasi awet muda wehh". Sebenarnya, kolagen ni umpama refill. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kulit. So, bila anda ambil supplement yang berunsurkan kolagen, ianya membuatkan kulit anda nampak cerah dan tak kedut sebab dia dah ganti protein yang dah hilang / kurang. Bila dah cerah dan tak kedut, korang akan nampak makin muda la kan? Itu je yang berlaku sebenarnya.

Siapa yang Patut Makan dan Guna Produk Kolagen?
Pelajar (Perempuan dan lelaki)
- Kolagen bagus untuk sesiapa yang ada masalah mudah lupa. 
- Semua manusia sukakan model / artis yang berkulit cantik. Admit it. Dan Shila Amzah ada produk kolagen dia sendiri. Ning Baizura juga kalau tak silap.
Mangsa kebakaran
- Kolagen amat diperlukan untuk replace semula semua kulit yang dah terbakar / melecur.
Lelaki dan Wanita yang nampak tua (Or orang yang makin tua)
- Seseorang itu akan nampak tua bila kulit dia dah start berkedut dan jadi kusam kan? You will need this kolagen untuk counter masalah kulit yang berkedut dan rosak.
Perempuan yang baru lepas bersalin
-cikgu dah bersalin 4 kali..wajib dah ni amik kolagen!
Bekas pesakit yang ada masalah kulit / parut
- Replace the dead skin and mengurangkan kesan parut dan kulit kasar.
Orang yang mempunyai masalah tidur
- Collagen bagus untuk orang yang ada masalah tidur. Kolagen ni akan membantu anda supply collagen material in the first sleep cycle. Normal sleep cycle adalah 90 minutes.
Orang yang mudah sakit
- Improve the metabolism



dan memandangkan bulan ni bulan Promosi utuk ShakleeCollagen Powder,beli 6 dapat 7,cikgu pon aamik kesempatan laaa..ajak kawan2 pakat2 beli sekali..dah 2batch oder dah..lepas ni nak kene bukak 3rd batch la...lalalalal..

so sape2 yg naklambatkan kedut..jom join cikgu berkolagen jugak!!




Disclaimer

*Produk-produk di blog ini ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
(Berubat sebagai ikhtiar, Allah yang menyembuhkan.. Demikian maksud ayat 80: Assyuara’ –“Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan ku”)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...