DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI

DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI
KLIK

Friday, 11 April 2014

Boleh ke kurus dengan Cinch?






Shaklee mempunyai produk istimewa yang membantu dalam pengurusan berat badan. Produk istimewa ini ialah dalam rangkaian Shaklee Cinch khusus untuk pengurusan berat badan. Cinch ini dibuat khas untuk program diet dan ia memang mengenyangkan
Cinch menjadikan anda lebih kenyang kerana adanya serat dan kaya dengan vitamin dan mineral untuk keperluan nutrisi harian walaupun sedang berdiet. cinch mengandungi leucine yang lebih tinggi daripada ESP yg mana lebih tinggi kadar pembakaran lemak dan metabolisma
Cinch dihasilkan oleh doktor2, nutritionist dan saintis Shaklee. Program Cinch adalah berdasarkan lebih dari 100 jurnal yang diterbitkan dan laporan klinikal untuk setiap bahan-bahannya.

Data Klinikal dari Pilot Study yang dijalankan selama 12 minggu:
Kehilangan berat badan sebanyak 15.4 pound (dalam 7kg)
Saiz pinggang turun hingga 4.1 inci
Jisim otot kekal


1. Apa Itu Leucine 

Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman membasuh kereta ataupun mengejar biawak. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak  yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.

2.Beza Cinch dengan ESP
Produk protein yang popular selain Cinch ialah Energizing Soy Protein (ESP), yang memang sesuai dijadikan sumber protein, yang banyak khasiat dan kelebihannya. Antara beza yang ketara ialah kandungan multivitamin yang lebih banyak terdapat di dalam Cinch berbanding ESP. Mengikut pakar Shaklee, Cinch memang direka khas untuk kuruskan badan. Walaubagaimanapun, ESP juga berkesan untuk kuruskan badan. Di dalam Cinch, kandungan Leucine dirahsiakan, sebagai satu paten khas Shaklee, supaya formula kandungan Leucine tidak dapat ditiru oleh syarikat lain.

3. Perisa Terbaik 
Cinch Shake Shaklee di Malaysia boleh didapati dalam 3 perisa, vanila, coklat dan cafe latte. Biasanya anda boleh beli mengikut citarasa anda. Kalau nak menarik lagi, boleh je  gabungkan perisa tersebut, tapi perlulah mengikut kesesuaian dan sukatan diet yang bagus. Jangan pulakterlebih protein, bahaya tau, nanti silap boleh gemuk. Ada juga yang menggabungkan ESP dan CINCH sebagai minuman pagi pengganti sarapan, dan saya selalu juga campur je ESP dan CINCH di waktu pagi, ternyata memang SEDAP !!!!

ESP lebih sesuai utk yg menyusu badan dan CINCH utk selain dr bf namun yg bf jika nk minum cinch pun boleh cuma kena tgk kalori yg anda ambil haritu perlu seimbang sbb ibu2 bf memerlukan kalori yg lebih utk bayi yg sedang membesar

So, tiada masalah untuk campur cinch bersama ESP utk ibu2 yg menyusu badan tapi perlu diingat pemakanan juga perlu untuk maintain membekalkan susu yang banyak.

Bagaimana nak berdiet style Cinch ni? 

Cadangan ini dapat membantu. Gantikan 2 waktu hidangan utama anda dengan Cinch Shake ini.

 1. Sama ada sarapan & lunch, malam makan mcm biasa atau

2. Sarapan & makan malam, tengahari makan macam biasa. Selepas makan berat, ambil lecithin dan alfalfa. 

    (1)   Anda timbang berat dan ukur badan anda. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.

(2)   Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari.. Letak target jangka pendek 3 (tiga) BULAN.

(3)   Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.

(4)   WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari.

(5)   DON'T SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”

(6)   Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.

(7)   AIR KOSONG. Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.

(8)   Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk dan sayur.

(9)  Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits.. senang cakap benda berkhasiat.

(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert.

Selamat berdiet cara sihat dan berkesan.





No comments:

Post a Comment

Disclaimer

*Produk-produk di blog ini ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
(Berubat sebagai ikhtiar, Allah yang menyembuhkan.. Demikian maksud ayat 80: Assyuara’ –“Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan ku”)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...