DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI

DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI
KLIK

Tuesday, 27 May 2014

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Tuesday, 20 May 2014

SET KEHAMILAN SHAKLEE

Pertama kali berkenalan dengan Shaklee sebenarnya adalah dengan set hamil..
Masa tu mengandungkan Zaid Zidan..dah nak masuk 4 bulan..
Dengan penuh semangat amik full set..nak yang terbaik untuk baby kan..






Paling best mengandung dengan set shaklee ni, memang bertenaga. Bukan sennag nak bawak perut, lepas tu nak kena uruskan yang lagi 3 orang..perrgghh..
dan yang syok, HB mengandung kali ni memang cantek..atas 10 tiap kali cek.

Jom tengok khasiat setiap supplement yang memang saya cadangkan sangat2 untuk ibu2 hamil

Vitamin B Complex
(1 biji sehari)
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk. 

Vitamin C
(1 biji sehari)
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. 

Vita-Lea Iron Formula
 (1 biji sehari )
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


 OsteMatrix(calcium magnesium) 
  4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua. 




Energizing Soy Protein
 (minum sehari sekali)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega 3 (Omega Guard) -
 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan


Cikgu rasa memang berbaloi sangat2 la utk amik full set Shaklee.ni kira satu bentuk pelaburan jugak ni..nak beri yang terbaik untuk kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan.
Seronok tengok abby zaid yg tegap badannya..senang pegang. kuning pon sikit aje..alhamdulillah




Saturday, 17 May 2014

Cara ALFALFA Shaklee bertindak untuk buang toksin:


Buang toksin dengan Alfalfa Shaklee
Sesetengah orang tidak sedar pun yang badan mereka dipenuhi dengan toksin. Malah ingat badan mereka tiada langsung toksin kerana menganggap telah menjaga dan mengambil makanan yang sihat sahaja. Tanpa kesedaran ini lama kelamaan toksin yang asalnya sedikit tidak dibuang akan berkumpul dengan banyakknya dan boleh menimbulkan masalah lain pada badan.


Punca toksin berkumpul dalam badan:
  1. apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
  2. pemakanan ubat-ubatan kimia
  3. merokok
  4. pengambilan minuman keras 
  5. pemakanan yang tidak seimbang
Jom klik TOKSIN untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bahayanya toksin pada badan..


Entry kali saya akan berkongsi dengan pembaca-pembaca sekalian bagaimana cara untuk buang toksin dalam badan tanpa perlu makan ubat-ubatan dari bahan kimia malah buang toksin secara semulajadi. Bagaiamana hendak buang toksin dalam badan?? mudah sahaja buang toksin dengan ALFALFA Shaklee

Buang toksin dengan Alfalfa Shaklee


Cara ALFALFA Shaklee bertindak untuk buang toksin:

Mencuci hati, darah dan usus - ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan juga mencantikkan kulit dan otot.

Baik untuk usus dan perut 
- memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik dan sembelit.



Manfaat lain:

Melawan alahan - memperbaii keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

Menyingkirkan lemak dan kolestrol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

Melegakan keletihan
 - melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

Mencegah/merawat atritis - melegakan artitis dan kesakitan


Khasiat GLA yang perlu anda tahu

Apa pentingya khasiat GLA untuk kita?

Entri kali ini saya mahu sharing mengenai kebaikan GLA Complex Shaklee. Yang tak pernah dengar GLA ni pasti teruja yang Shaklee juga ada evening primrose oil 



GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin textureskin repair dan buat skin glowing.
Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 

GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik. Mari lihat testimoni dibawah









Saya pon baru nak mula amik GLA selepas 2 bulan berpantang..kenapa selepas 2 bulan baru nak mula?
sebab saya habiskan supplement untuk set berpantang dulu. tu pun dah rasa banyak..hiii

Wednesday, 14 May 2014

Bahaya Toksin dalam badan


Toksin penyebab penyakit dalam badan
"Toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor utama kepada pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia."

Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis atau nama sesuatu penyakit yang dialami adalah ditentukan oleh kerosakkan yang disebabkan oleh toksin tersebut.

Apakah Toksin?

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.

Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit sepertitumor, kanser, migrain dan sebagainya.

Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.



Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh?

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah:

1) Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.

2) Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di pelbagai tisu badan.

3) Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.

4) Penyakit Jantung Dan Tekanan Darah Tinggi

Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping itu, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.

5) Alergi, Asma, Pundi Hempudu Dan Karang, Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual

Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.




SUMBER: KLIK SINI

Thursday, 8 May 2014

Benarkah Ibu Menyusu Perlu Ambil Supplement?



Baru-baru ini timbul perdebatan hangat yang mempersoalkan benarkah ibu menyusu perlu ambil supplement sebagai ‘milk booster’ untuk menambah pengeluaran susu. Ada yang mendakwa supplement ini tidak membantu dalam penyusuan. Malah, ambil dan tidak ambil pun tiada sebarang kesan terhadap terhadap pengeluaran susu ibu yang menyusu anak. Akhir sekali, menurut mereka, walaupun ibu kekurangan nutrisi tapi ianya tak menjejaskan kemampuan si ibu untuk menghasilkan susu yang cukup berzat untuk si manja tersayang.

Pertamanya, kehebatan susu ibu memang tidak dapat dinafikan. Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak. Menurut kajian oleh Unicef, penyusuan susu ibu bukan sahaja bertindak sebagai pemakanan bagi bayi, malah lebih dari itu. Susu ibu mengandungi beratus-ratus molekul, enzim, protein dan hormon-hormon yang meningkatkan kesihatan di mana ia menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran bayi untuk meneruskan kehidupan mereka.
Justeru, mengapa ibu menyusu perlu supplement untuk menyusu anak?
Penting untuk ibu menyusu memahami bahawasanya adalah tidak tepat atau salah sekiranya mereka mengamalkan prinsip seperti berikut:
“Aku sebagai ibu harus melakukan apa sahaja untuk menghasilkan susu badan, walaupun terpaksa mengambil bahan yang mengandungi “dadah” atau memberi kesan sampingan.”

Wednesday, 7 May 2014

Kenapa vitamin shaklee tidak berkesan dengan saya?


Tahukah anda?Supplements bukan macam ubatan lain, lagi la sangat jauh berbeza dari ubatan yang menghilangakan rasa sakit dalam masa yang singkat. contoh jika anda mengambil GLA Complex Shaklee dengan Panadol Menstrual sangat berbeza ye... satu supplement satu pain killer... Pain killer sangat TIDAK BAIK! buat badan anda. Sama juga untuk kurus yer wahai pembaca sekalian.
Sebenarnya, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari. Usaha,Istiqamah,sabar
itu yang perlu kita ingatkan. kesan yang singkat tidak bagus buat badan. Tapi, kalau tak dapat jugak rasa manfaat dari pengambilan vitamin yang kita makan tu, kita kena tahu kenapa ia terjadi.

5 sebab kenapa vitamin shaklee tidak berkesan kepada anda

Saturday, 3 May 2014

FAQ tentang keahlian Shaklee

FAQ tentang keahlian Shaklee

Q: Bagaimana nak jadi distributor Shaklee ? A: Registration fee is RM65 + RM10 (WM) / RM20 (EM) untuk postage member kit. Ataupun anda boleh beli barangan bernilai RM680, anda boleh dapat FREE membership. 
Q: Berapa modal yang diperlukan ?A: Tak perlu modal pun sebab dengan Shaklee ini kita boleh buat ala-ala dropship - bila customer order dan bayar barulah kita bayar kat Shaklee. Shaklee pula akan poskan barang tu kepada customer kita. Senang kan ? :)Unless nak simpan stok kat rumah, suka hati lah invest berapa pun. Hehe.
Q: Berapa sales/belian kena maintain setiap bulan ?A: Tak perlu maintain sales/points unless anda sudah jadi leader. Tiada jumlah minimum yang anda perlu beli setiap bulan kecuali anda memang target nak mendapatkan cash bonus. Nak beli untuk sendiri & keluarga sahaja pun boleh. Tak rugi pun jadi ahli. 
Q: Berapa keuntungan boleh dapat setiap bulan ?A: Bergantung kepada sales/purchase kita pada bulan tersebut. Minimum 150 points untuk layak dapat cashback/rebate/bonus. Bonus bermula dari 5% sehingga 21%, depending on berapa points kita dapat. 
Q: Kena cari orang ke ? Kena head hunting ke ?A: Tak perlu ! Saya pun tak suka nak cari-cari orang paksa-paksa join/beli. 
Q: Tapiii saya tak tahu macam mana nak mula berbusiness...A: InshaAllah saya akan guide & coach anda sebab once anda dah register dengan saya, anda dah jadi tanggungjawab saya, 'anak' saya.  Cuma usaha untuk berjaya itu terletak pada diri anda sendiri. InshaAllah. 
Q: Saya nak register jadi ahli but tak nak jual-jual ni, boleh ke ?A: Suka hati lah haha. Boleh je. Beli untuk kegunaan sendiri pun boleh. Saya takkan paksa anda jual, tanya lah mana-mana 'anak' saya, saya tak pernah paksa. Semua yang nak berbusiness semua atas inisiatif sendiri. If you need guidance saya akan tolong. 
Q: Ok, cool ! So bagaimana nak register?A: Saya boleh tolong registerkan. Anda cuma perlu bagi details yang diperlukan+registration fees. Selepas itu,anda tunggu kat rumah, nanti member kit sampai ye. 
Clear tak ? Hehe. If ada soalan tambahan boleh message saya ye. 
With Love,
Master to be (tiap2 kata itu adlah doa..ameen)
Syikin&Zahir
019-3571510

Friday, 2 May 2014

PROMOSI MEALSHAKE!!


Mealshake antara supplement terawal yang Cikgu cuba masa mula-mula kenal dengan Shaklee..ada cikgu kongsikan dalam entry sebelum ni..
Sekarang stok mealshakes memang tak pernah putus kat rumah..
Pagi2, cikgu campurkan mealshakes dalam minuman anak2..
mealshakes ni boleh menampung mana-mana nutrien yang kurang dalam makanan yang anak kita makan.Boleh jadikan mealshakes sebagai pelengkap nutrien mereka. Org dewasa pun boleh ambil. Ibu menyusu pun boleh ambil.

Selain itu, mealshakes juga sesuai untuk mereka yang nak naikkan berat badan..
adehhh..kita punyela pulun nak turun berat..hiii..dan mealshake ni husben cikgu pon amik tau..husben cikgu rasa diri dia slim..kekekeke
so sempena promosi bulan Mei ni, Buy 6 free 1..harusla cikgu memborong jugak..



MEALSHAKES:
-  rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
-  sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas
-  sesuai untuk seisi keluarga
-  Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
-  Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting  untuk tumbesaran kanak-kanak.
-  Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
-  Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
-  Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
-  Meningkatkan selera makan anak
-  Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
-  Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
-  menangani masalah sembelit pada kanak-kanak.


Fakta tentang Mealshake :klik sini

apa lagi mommies..sementara tengah offer ni..elokla borong..
ajak kawan2 pakat beli, share sama2..


syikinzahir 019-3571510



Disclaimer

*Produk-produk di blog ini ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
(Berubat sebagai ikhtiar, Allah yang menyembuhkan.. Demikian maksud ayat 80: Assyuara’ –“Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan ku”)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...