DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI

DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI
KLIK

Monday, 30 June 2014

6 Panduan Wajib Tahu: Penyusuan Susu Ibu & Puasa

Alhamdulillah..dah masuk 2 Ramadhan..sebagai ibu yang menyusu baby, amat-amat mengharapkan susu cukup untuk baby, disamping dapat buat stok.
Kat sini saya share panduan yang boleh membantu para ibu yang menyusu dan berpuasa macam saya 

6 Panduan Wajib Tahu: Penyusuan Susu Ibu dan Puasa

1. Bolehkah saya berpuasa semasa menyusukan anak?
Ya dan tak. Ya, jika kondisi ibu sihat, dan bayi pula tiada sebarang masalah. Ibu boleh teruskan puasa. Tetapi tidak, jika ibu ada masalah kesihatan, tak larat dan sebagainya. Islam itu indah, Allah beri rukshah bagi perempuan yang menyusukan anak. Ibu boleh berbuka jika memudaratkan diri sendiri dan bayi. Lepas itu gantikan saja puasa yang tertinggal.


2. Adakah ibu yang berpuasa membahayakan bayi?
Tentulah tidak. Allah Maha Mengetahui. Telah Dia cipta tubuh badan ini boleh berubah mengikut keadaan. Tubuh badan masih boleh menghasilkan susu walaupun berpuasa. Kekurangan jumlah kalori tak akan mengganggu kuantiti susu yang dihasilakan.

Cuma ibu perlu pastikan diri mendapat nutrisi dan zat yang cukup semasa berbuka dan bersahur. Pengambilan Set Penyusuan Shaklee (Khas Bulan Puasa) membantu ibu untuk terus bertenaga dan menghasilkan susu badan yang cukup untuk anak yang disusukan. Antara panduan wajib tahu penyusuan suus ibu dan puasa yang paling manTOOPS!

Hebatnya ciptaan Allah, sekalipun ibu tak makan apa-apa dalam tempoh 24 jam. Susu ibu masih boleh dihasilkan. Tak terjejas kuantiti dan nutrisi di dalam susu ibu. Jika berpuasa mendatangkan kesan tak baik, tentulah ibu akan rasa dulu.

3. Susu ibu berubah, ada kesan pada bayi ke?
Ya komposisi susu akan berubah. Tapi takkan beri kesan pada bayi. Satu kajian dilakukan, walaupun 24 jam ibu tak makan, kandungan lemak dalam susu ibu tak terjejas. Lemak susu akan dihasilkan sendiri oleh lemak di dalam badan ibu jika ibu kurang atau tak makan.

Sebenarnya bayi telah merasa perubahan susu ibu. Susu ibu bergantung pada apa yang dimakan oleh ibu.

4. Berpuasa bahaya untuk ibu?
Pastinya Allah tak kejam untuk hamba-Nya. Tiada apa yang bahaya. Ibu boleh berpuasa, tak payah takut-takut. Bukan ke rezeki dari Allah? Jadi yakin. Hasil kajian yang dibuat pun tunjukkan, imbangan kimia dalam darah ibu menyusukan, ibu mengandung, wanita yang tak menyusu hampir sama.

Rukhsah bagi ibu menyusu di bulan Ramadhan pun ada. Jika ibu mengalami nyahhidrat yang teruk, dibolehkan membuka puasa. Ketahuilah rukhsah berpuasa, kerana ianya panduan yang amat penting, bagi penyusuan susu ibu dan berpuasa.
rukhsah puasa, panduan penyusuan susu ibu dan puasa, set tambah susu shaklee,

Tanda-tanda nyah hidrat yang teruk:

  • dahaga yang amat
  • rasa nak pitam, lemah dan lesu
  • air kencing berwarna gelap
  • rasa sakit kepala, atau sakit di bahagian lain

Bersegaralah berbuka jika ibu mengalami tanda-tanda di atas. Takpe, ada 11 bulan untuk gantikan puasa.

Kaunselor susu ibu sarankan, minum air dengan banyak. Bukan sekali banyak. Minumlah sedikit-sedikit sepanjang waktu berbuka hingga sahur. Juga disarankan mengambil makanan rendah indek glisemik. Makanan seperti lambat terurai, jadi membekalkan tenaga yang berpanjangan untuk ibu. Makanlah secukupnya, tubuh ibu perlukan nutrisi dan zat untuk hasilkan susu yang berkualiti.

Ibu tak perlu risau jika berat turun sedikit semasa berpuasa. Ini tak akan menjejaskan hasil susu yang dihasilkan.

5. Bagaimana elakkan masalah penyusuan ketika puasa?

  • Ibu mesti bersedia
  • Selesaikan kerja-kerja rumah yang berat sebelum berpuasa
  • Simpan diari makanan, jadi panduan untuk makan secara cukup dan sihat
  • Berehat atau hanya lakukan aktiviti yang ringan, duduk di tempat sejuk waktu berpuasa

6. Perlukah batalkan puasa?
Ya, sekiranya ibu rasa ternyahhidrat. Hubungi doktor jika bimbang bayi tak mendapat susu yang cukup.Tanda bayi tak cukup susu:
  • lampin basah berkurangan, tak kerap buang air
  • najis bayi bewarna hijau
  • meragam dan menangis
  • berat badan bayi tak bertambah, malahan turun
Dapatkan bantuan rakan penyusuan atau kaunselor laktasi jika masalah penyusuan terjadi. Mungkin ada solusi terbaik untuk ibu dan anak.

6 panduan wajib tahu, penyusuan susu ibu dan puasa nie adalah sebagai guideline bagi ibu-ibu semua. Agar lebih yakin untuk terus menyusukan, walaupun berpuasa. Tak perlu fokus untuk turunkan berat badan. Ianya memang bonus di bulan puasa. 

Jadi ibu-ibu semua, selamat berpuasa. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

nota kaki: Khas untuk ibu yang benar-benar mahu susukan anak di bulan puasa. shaklee ada menyediakan set tambah susu khas di bulan Ramadhan. Gabungan ESP, Mealshake & Performance Drink
rukhsah puasa, panduan penyusuan susu ibu dan puasa, set tambah susu shaklee,
memberi tenaga yang berpanjangan, dan membantu menjaga kuantiti susu yang dihasilkan. Tak salah berikhtiar untuk berpuasa dengan lebih sempurna. Dari terlepek dan letih kerana berpuasa. Nabi pun berperang ketika puasa.



No comments:

Post a Comment

Disclaimer

*Produk-produk di blog ini ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
(Berubat sebagai ikhtiar, Allah yang menyembuhkan.. Demikian maksud ayat 80: Assyuara’ –“Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan ku”)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...