DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI

DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI
KLIK

Friday, 4 July 2014

Adakah berpuasa semasa menyusukan membahayakan saya?


Assalamualaikum..
entry kali ni cikgu tujukan khas untuk supermommy yang menyusukan baby dalam bulan Ramadhan ini. Semestinya dugaan dan cabaran besar bagi ibu-ibu yang menyusukan ni.sabarr..ganjaran dan pahala yang besar menanti..
antara persoalan dikalangan ibu-ibu yang menyusu, adakah berpuasa ketikan menyusukan anak membahayakan si ibu?

Badan anda biasanya dapat bertahan jika anda berpuasa. Dalam satu kajian, ujian darah dilakukan terhadap sekumpulan kecil wanita yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Wanita yang menyusu badan didapati mempunyai imbangan kimia dalam darah yang agak sama dengan mereka yang tidak menyusu badan atau yang sedang hamil. 



Walau bagaimanapun, menyusu badan membuatkan anda sangat dahaga. Jika anda ternyahhidrat, anda akan rasa tidak sihat. Anda boleh mengagak bahawa anda sedang ternyahhidrat apabila:

  • anda rasa sangat dahaga;
  • air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat;
  • anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu;
  • anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain.
Jika anda mula sedar akan tanda-tanda ini, anda harus berbuka dengan meminum air dan berehat. Selepas setengah jam, jika anda masih rasa tidak sihat, hubungilah doktor anda. 

Minum banyak air semasa berbuka dan terutamanya semasa sahur. Ahli panel pakar BabyCenter dan kaunselor penyusuan badan, Jennifer Hor, menyarankan anda makan makanan yang mempunyai indeks glicemik (glycemic index - GI) yang rendah. GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI termasuk banyak jenis sayur-sayuran dan kekacang, kacang pis, mi dan nasi. 

Jangan sekadar minum sahaja. Penting untuk anda mendapatkan nutrien, kalori dan serat daripada makanan. Jika sukar untuk anda makan secukupnya pada waktu malam dan anda berat badan anda mula turun, bincanglah dengan doktor anda. Anda juga mungkin perlu untuk tidak berpuasa. 

Walau bagaimanapun, jika anda sihat dan tidak kisah berat badan anda turun sedikit, penurunan sehingga 1kg seminggu sepanjang bulan Ramadan sepatutnya tidak menjejaskan penghasilan susu. 


credit: babycentre

KLIK cadangan set menyusu untuk memastikan ibu penuh bertenaga ketika berpuasa


No comments:

Post a Comment

Disclaimer

*Produk-produk di blog ini ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
(Berubat sebagai ikhtiar, Allah yang menyembuhkan.. Demikian maksud ayat 80: Assyuara’ –“Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan ku”)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...