DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI

DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI
KLIK

Wednesday, 29 October 2014

10 Fakta yg membuatkan ibu BERAZAM untuk menyusukan bayi

Assalamualaikum..

Cikgu rasa ramai tahu tentang kebaikan ibu menyusu bayi dengan susu ibu kerana susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi. Ia membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Tetapi berapa ramaikah yang tahu tentang terdapat banyaknya faedah-faedah lain ibu menyusu bayi?


  1. Bagi ibu yang baru bersalin, apabila bayi mula menyusu, ia secara langsung membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan. Semasa proses pengecutan rahim lebih kurang pada hari ketiga atau keempat selepas bersalin, seorang ibu merasa sakit seperti senggugut sewaktu baby menghisap susu. Tetapi sakitnya tidak lama kerana ia hilang selepas hari kelima. Jika anda merasa sakit, ia adalah sesuatu yang normal dan ini menunjukkan proses pengecutan rahim sedang berlaku.
  2. Bagi ibu menyusu, penyusuan itu sendiri menjadi seperti “pil perancang” kerana ia dapat menjarakkan kehamilan secara semulajadi. Selepas bersalin, kedatangan haid menjadi lambat (mungkin sehingga 12 bulan!) semasa penyusuan secara eksklusif.
  3. Kajian ada menunjukkan, penyusuan susu ibu mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari serta risiko osteoporosis. Jika diet kita mengandungi banyak buah-buahan dan sayuran segar, maka bertambah rendahlah risiko penyakit-pemyakit berikut.
  4. Semasa mengandung, berat badan ibu akan naik disebabkan pertambahan darah dan lemak dalam badan serta “water retention”. Semua pertambahan ini akan hilang apabila ibu menyusu bayinya. Menyusu bayi membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin. Kajian juga mengatakan ibu yang menyusu bayinya lebih cepat turun berat badan dibandingkan dengan ibu yang menyusu bayinya dengan susu formula.
  5. Menyusu bayi dengan susu ibu mengurangkan kos kerana tidak perlu membeli susu formula. (Sungguhpun begitu, kalau rasa tidak mampu untuk meneruskan dengan susu badan sekurang-kurangnya 6 bulan, jangan rasa terkilan kerana anda telah berjaya menyusui bayi anda selama yang anda mampu.)
  6. Susu ibu merupakan sumber imunisasi pertama bayi, mengandungi kolostrum yang hanya dikeluarkan pada 3 hari pertama kelahiran, bertindak sebagai antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan. Ini membantu mengurangkan masalah alahan yang mudah terjadi pada bayi. Jikalau bayi selsema, susu ibu boleh mempercepatkan pemulihan daripada selsema.
  7. Susu ibu mudah hadam serta tidak timbul masalah sistem penghadaman. Oleh itu, bayi anda tidak kerap buang air besar. Mungkin ada ibu-ibu yang risau tentang ini. Ini adalah normal untuk bayi yang menyusu badan secara eksklusif, bayi anda mungkin buang air besar selang 2-3 hari. Ada juga yang seminggu.
  8. Susu ibu sentiasa ada, memudahkan “on demand feeding” serta sentiasa sedia pada suhu yang tetap. Sungguhpun bekerja, susu ibu boleh diperah dan disimpan dengan mudah sekali.
  9. Penyusuan bayi menggalakkan ikatan (bonding). Kajian juga menunjukkan bayi yang disusui membesar menjadi seorang dewasa yang bertimbangrasa dan mudah memahami orang lain.
  10. Bayi yang disusui lebih daripada 6 bulan membesar dengan risiko rendah untuk mendapat tekanan darah tinggi dan paras cholesterolnya yang rendah.
 
kredit: sini

Tuesday, 28 October 2014

Tips mudah menambah susu Ibu




Assalamualaikum..

cikgu biasa  sangat dengar ibu-ibu yang mengeluh 'susu kurang, susu takde,anak merengek sebab tak kenyang'..dan terus tukar kepada susu formula..

Kalau ibu2 memahami betapa 'mahalnya' khasiat susu ibu..mesti mommies akan berusaha bersungguh2 utk mematikan bayi kesayangan mendapat susu ibu..sekurang2nya dalam tempoh 6 bulan.



PRODUK UNTUK MENAMBAH SUSU IBU : PIL ASI, THE MILK STORY ( CHOCOLATE DRINK ) . LIKE US  & GET IT NOW FROM https://www.facebook.com/marissa.shoppe 

 Harini cikgu share tips yg simple2 utk membantu mommies mengekalkan niat nak menyusukan baby..

 Pengambilan Air
  • Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang

  • Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.
Psikologi
  • Susu saya cukup untuk bayi saya!
  • Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insya-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Kekerapan mengepam
  • Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2 hingga 3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.
Doa
  • Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.
Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu, jika mommies yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan,cikgu cadangkan mommies mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.


Cadangan supplemen untuk Ibu Menyusu
Vitalea, B complex, Vitamin C / Chewable Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan ESP.





Sumber: sini

Sunday, 26 October 2014

Fakta menarik yg mesti dibaca oleh ibu menyusu atau Bakal Ibu!

Assalamualaikum..
amboii..lama kemain cikgu tak hapdet blog nih ..

harini cikgu nak share satu artikel..cikgu memang suka baca dan study pasal penyusuan susu ibu..banyak ilmu boleh dapat disamping jadi motivasi untuk terus menyusukan zidan sampai 2 tahun..

*Fakta: berat badan bayi yang hanya minum susu ibu BERKURANGAN apabila usianya meningkat


Kalau dilihat dalam carta di sebelah (dari laman kellymom.com), berat badan bayi yang hanya diberi susu ibu tanpa dicampur susu formula naik mendadak dalam 4 bulan pertama dan makin berkurangan selepas itu (dot yang berwarna merah). Apabila usia 9-10 bulan, kenaikan beratnya amatlah perlahan, mungkin setakat 100-200g sahaja.

Jika dibandingkan dengan bayi yang diberi susu formula, kenaikannya tetap banyak sehingga 500g ketika usia 9-10 bulan dan berterusan begini sehingga lebih daripada usia 1 tahun.

Anda mungkin tertanya, kenapa kenaikan berat badan bayi yang hanya minum susu ibu berkurangan apabila usianya meningkat?
Berikut adalah pemahaman saya selepas membaca dari pelbagai sumber. Susu ibu mudah dihadam jika dibandingkan dengan susu formula. Bagi menghadamkan susu formula, badan bayi akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk memecahkan susu formula ke dalam bentuk yang mudah dihadam. Apabila banyak tenaga digunakan untuk tujuan ini, bayi akan merasa penat dan tidur untuk lebih lama.

Manakala bayi yang diberi susu ibu sahaja, penghadamannya yang lebih cepat tidak menggunakan tenaga yang terlalu banyak. Oleh itu, bayi ini selalunya lebih aktif sebab tenaganya yang lebih digunakan untuk belajar bergerak seperti duduk, mengesot dan merangkak. Oleh kerana banyak bergerak, (atau orang kata “aktif”) berat badannya menyusut serta kenaikannya tidak banyak. Badan yang ringan lebih mudah untuk melakukan pergerakan yang lebih kompleks seperti merangkak.
 
Untuk bayi, melakukan banyak pergerakan amat penting kerana pada masa pergerakan ini banyak saraf dalam otak akan terbina yang juga melibatkan saraf ototnya. Otak bayi hanya akan berkembang bila dia banyak bergerak dan berlatih banyak kali dalam melakukan sesuatu pergerakan. Apabila bergerak, banyak saraf otak akan terbina yang akan digunakan untuk mengawal ototnya. Anda mungkin perasan yang bayi melakukan sesuatu pergerakan berulangkali sehingga dia mampu mengawal pergerakannya “secara sedar”. Sebelum itu, pergerakannya seperti tidak mampu dikawal dan terjadi secara automatik.

Jadi, bayi yang ringan badannya, secara amnya, lebih cepat belajar untuk mengawal pergerakan badannya oleh kerana tidak terbatas oleh berat badannya..

Walaupun bayi yang aktif seperti ini macam tak banyak tidur atau tidur tak lama, sebenarnya tidurnya cukup. Dia akan tidur bila dia rasa nak tidur dan bangun apabila rasa cukup. (Babysitter atau maid mungkin akan merasa penat menjaga bayi yang aktif seperti ini…kalau bayi tidur lama, memang akan menyenangkan babysitter dan maid!)

Kalau bayi anda sihat, aktif belajar bergerak dan susu perahan mencukupi serta dia mahu makan dengan baik, kemungkinan besar bayi anda tidak perlu susu formula sebagai tambahan. Jadi, terpulang kepada anda untuk menimbangkan baik dan buruknya untuk tambah susu formula jika tujuannya hanya semata-mata untuk menaikkan berat badannya dan buat dia tidur lama.

**************************************************************************

apa kesimpulan mommies boleh bagi kat sini..
faham ke faham?

so, berusahalah agar baby kita dapat manfaat sepenuhnya dari susu ibu tau!!



kredit: sini

Friday, 17 October 2014

Mengapa susu badan dianggap terbaik?

Mengapa susu badan dianggap terbaik?

Susu ibu dan susu formula (susu tin) adalah berbeza. Susu ibu bukan sahaja menyediakan kesemua protein, gula, lemak dan vitamin yang diperlukan oleh bayi untuk menjadikannya sihat, tetapi faedah-faedah lain yang tidak terdapat di dalam susu formula. Ia membantu melindungi bayi dari serangan sesetengah penyakit dan jangkitan. Disebabkan bahan-bahan perlindungan yang terdapat di dalam susu ibu inilah, maka kanak-kanak yang diberi susu ibu jarang sekali diserang penyakit/masalah berikut:
  • Jangkitan dalam telinga (otitis media)
  • Alahan
  • Muntah
  • Cirit-birit
  • Pneumonia, bunyi ronkus, bronkiolitis
  • Meningitis
www.cikguvita.blogspot.com

Kajian juga telah menunjukkan bahawa penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
Faedah.faedah susu ibu yang lain, termasuklah:
  • Mudah untuk dihadamkan oleh bayi.
  • Tidak perlu disediakan.
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan sentiasa terdapat bekalan yang mencukupi.
  • Ia baik untuk alam sekitar kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak yang perlu dibuang ke dalam tong sampah.
Penyusuan susu ibu juga dapat memberikan sentuhan fizikal, menjalin kemesraan dan mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayinya.
Dari segi kesihatan terdapat banyak faedahnya:
  • Membakar lebih banyak kalori dan membantu mengembalikan semula berat badan anda yang dahulu dengan lebih cepat.
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser ovari dan kanser payu dara di kalangan wanita yang belum putus haid.
  • Membina kekuatan tulang serta mencegah kepatahan tulang ketika usia lanjut.
  • Melambatkan kedatangan semula haid selepas bersalin, oleh itu dapat menjarakkan kehamilan (anda perlu ingat bahawa menyusukan bayi sahaja tidak dapat mencegah kehamilan).
  • Membantu rahim kembali kepada saiz asalnya dengan cepat.

Lebih lama anda menyusukan bayi anda dengan susu sendiri, lebih banyak kebaikan yang akan diperolehi oleh anda dan bayi, dan lebih lama pula kebaikan itu dapat bertahan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar-pakar kesihatan menyarankan ibu-ibu supaya menyusukan bayi mereka seberapa lama yang boleh, satu tahun atau lebih lama, kerana susu ibu merupakan pemakanan yang terbaik di samping dapat melindungi bayi dari serangan penyakit atau jangkitan.

Sebagai sokongan, para ibu bolehlah mengamalkan supplement untuk penghasilan susu ibu yg berkhasiat dan berkualiti, serta membantu menjaga kesihatan ibu dan bayi.
Cadangan cikgu harusla set supplement untuk ibu menyusu. Cikgu sendiri dah suba dan memang sangat membantu cikgu menghasilkan susu yg lebih meriah, tenaga yg lebih banyak dan badan yg lebih sihat!!
 

Wednesday, 15 October 2014

3 Fakta menarik ESP Shaklee untuk ibu menyusu



ESP memang HOT!!
Cikgu mula berkenalan dengan ESP ni tahun lepas..masa tu tengah mengandungkan si Zidan..4 bulan zidan dalam perut masa tu..memula risau jugak kot tak lalu nak minum..soya kan..rupa2nya..alhamdulillah..elok je boleh terima..hari2 minum..cikgu blendkan fresh milk ,kurma dengan ESP..memang marbelles.
Cikgu memang rekomen habisla kat mommies yg pregnen..mommies kena ingat, protin sangat penting untuk pertumbuhan..terutama baby dalam perut.make sure mommies dapat bekalan protin secukupnya ketika hamil. Mommies tau tak, pregnen women perlukan 71gm protin setiap hari?

 
Nak tahu apa itu ESP? Boleh lanjutkan pembacaan di sini.


Hari ni cikgu nak share pasal ESP dengan ibu menyusu (macam cikgu laaa)

Kenapa ibu menyusu memilih ESP? Sedikit fakta tentang ESP.
 "ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting."


 Ramai di kalangan ibu menyusu memilih ESP kerana bagi mereka, ESP memberi kelebihan berikut :-
  1. Bantu beri mereka tenaga yang berpanjangan kerana kelebihan indeks glisemik rendah dalam ESP. Penyusuan boleh membakar kalori dari 200-500 sehari. Jika ibu menyusu tidak makan dengan seckupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ia mungkin juga menjadi penyebab kepada keletihan. Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu.

    "Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu"
  2. Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protin dan kalsium. Dengan pengambilan ESP, secara tidak langsung ibu2 menyusu boleh mencukupkan keperluan protin harian. Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Protein juga adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi. Susu ibu mengandungi protein yang sempurna untuk bayi, dan protin akan diambil dr dalam diet anda untuk diberikan kepada bayi anda. Tapi perlu diingatkan ESP bukan lah memperbanyakkan susu, tetapi ianya merupakan suatu bonus kepada badan ibu itu sendiri untuk menghasilkan susu badan yang cukup. Ianya adalah untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak diambil oleh ibu di dalam pemakanan mereka setiap hari. Protein adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi andaMenurut Ohio State University xtension, ibu-ibu harus mempunyai 71 g protein setiap hari.
  3. Kulit ibu lebih gebu dan cantik. Ini merupakan satu bonus kepada ibu2 menyusu. Di samping menggunakan ESP sengai makanan tambahan, ibu2 mendapati kulit mereka lebih gebu, halus dan cerah dari yang sebelumnya. Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. sebab itu lah ibu-ibu mendapati kulit mereka lebih segar dan cantik selepas pengambilan ESP. 
Walaubagaimanapun perlu diingatkan, selain mengamalkan pengambilan ESP,  ibu2 perlu mengamalkan teknik penyusuan dengan betul, pengambilan air yang cukup dan jadual pam yg konsisten semasa anak tiada bersama bagi menyokong kejayaan perjalanan penyusuan. Fahami konsep supply by demand. Pastikan juga ibu jauh dari stress dan dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat terutama suami. InsyaaAllah anda mampu melengkapkan tempoh penyusuan sehingga 2 tahun, terbaik untuk anak anda :)
 
 
sumber: sini

Saturday, 4 October 2014

ESP BOLEH BANTU UNTUK KURUS???









ESP BOLEH BANTU UNTUK KURUS???

Ya..sebab ESP ada leucine. Tahu apa itu leucine?
Leucine ni ialah salah satu daripada 9 asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.
Leucine ni ada fungsi yang tersendiri dan sangat membantu menurunkan berat badan.

 Bagaimana?
1. Membakar lemak visceral. Lemak visceral adalah lemak yang berada paling dalam (di bahagian perut) dan susah nak disingkirkan. Tapi leucine ni dapat bantu bakar lemak viseral ni.


2. Rasa kenyang yang berpanjangan.
Perasan tak bila kita minum ESP kita rasa kenyang dan bertenaga? Sebab Leucine ni bantu bertindak dalam metabolisme glucose. (Glukose ni diperlukan untuk tenaga). Jadi, bila kita minum ESP, even tak makan atau pun masa kita berpuasa ; kita still rasa kenyang...rasa bertenaga.
Selain tu, leucin ni juga boleh rendahkan tahap triglycerides dalam darah yang akan membantu leptin (sejenis hormon) meransang otak dengan lebih baik supaya anda berasa kenyang pada kalori yang rendah... and that's why if nak kurus ESP ni ambil sebelum makan, so, time makan tu kita dah rasa kenyang...automatik kita akan kurang makan.

3. Membina semula otot.
Memang kita boleh dapat leucine dari makanan lain, tapi antara banyak-banyak asid amino, Leucine ni mudah rosak lagi-lagi time senaman. So that's why kita perlukan supplements yang ada leucine (which is ESP la kan) untuk bina semula otot, dan untuk menjalankan fungsi lain. Ha.. tu sebab korang tengok atlet selalunya ambil protein...sebab diorang tak nak kehilangan otot diorang. Kan otot diorang pejal gitu!

Lagi 1...Perasan tak orang yang skip karbohidrat cepat kurus(kurang makan nasi dan sebagainya) dan cepat gemuk?
Nak tahu kenapa?
SEBAB penurunan berat badan macam ni akan menyebabkan kita kehilangan otot. Bila kehilangan otot, ia akan perlahankan metabolisme badan, so orang tu akan naik berat badan dengan cepat.
TAPI.. if kita ambil ESP ni, Leucine dapat kekalkan tisu tanpa lemak. Dalam kata lain, ESP (yang kaya dengan leucine) ni dapat bantu kita kurus kan badan dengan pembakaran lemak dan bukannya mengurangkan jisim otot.
Faham kan?
Selain ESP, supplement Shaklee yang ada leucine ni ialah Cinch shake.




credit: fb stayhealthy

Disclaimer

*Produk-produk di blog ini ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
(Berubat sebagai ikhtiar, Allah yang menyembuhkan.. Demikian maksud ayat 80: Assyuara’ –“Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan ku”)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...