DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI

DAPATKAN SUPPLEMENT SHAKLEE DISINI
KLIK

Sunday, 26 October 2014

Fakta menarik yg mesti dibaca oleh ibu menyusu atau Bakal Ibu!

Assalamualaikum..
amboii..lama kemain cikgu tak hapdet blog nih ..

harini cikgu nak share satu artikel..cikgu memang suka baca dan study pasal penyusuan susu ibu..banyak ilmu boleh dapat disamping jadi motivasi untuk terus menyusukan zidan sampai 2 tahun..

*Fakta: berat badan bayi yang hanya minum susu ibu BERKURANGAN apabila usianya meningkat


Kalau dilihat dalam carta di sebelah (dari laman kellymom.com), berat badan bayi yang hanya diberi susu ibu tanpa dicampur susu formula naik mendadak dalam 4 bulan pertama dan makin berkurangan selepas itu (dot yang berwarna merah). Apabila usia 9-10 bulan, kenaikan beratnya amatlah perlahan, mungkin setakat 100-200g sahaja.

Jika dibandingkan dengan bayi yang diberi susu formula, kenaikannya tetap banyak sehingga 500g ketika usia 9-10 bulan dan berterusan begini sehingga lebih daripada usia 1 tahun.

Anda mungkin tertanya, kenapa kenaikan berat badan bayi yang hanya minum susu ibu berkurangan apabila usianya meningkat?
Berikut adalah pemahaman saya selepas membaca dari pelbagai sumber. Susu ibu mudah dihadam jika dibandingkan dengan susu formula. Bagi menghadamkan susu formula, badan bayi akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk memecahkan susu formula ke dalam bentuk yang mudah dihadam. Apabila banyak tenaga digunakan untuk tujuan ini, bayi akan merasa penat dan tidur untuk lebih lama.

Manakala bayi yang diberi susu ibu sahaja, penghadamannya yang lebih cepat tidak menggunakan tenaga yang terlalu banyak. Oleh itu, bayi ini selalunya lebih aktif sebab tenaganya yang lebih digunakan untuk belajar bergerak seperti duduk, mengesot dan merangkak. Oleh kerana banyak bergerak, (atau orang kata “aktif”) berat badannya menyusut serta kenaikannya tidak banyak. Badan yang ringan lebih mudah untuk melakukan pergerakan yang lebih kompleks seperti merangkak.
 
Untuk bayi, melakukan banyak pergerakan amat penting kerana pada masa pergerakan ini banyak saraf dalam otak akan terbina yang juga melibatkan saraf ototnya. Otak bayi hanya akan berkembang bila dia banyak bergerak dan berlatih banyak kali dalam melakukan sesuatu pergerakan. Apabila bergerak, banyak saraf otak akan terbina yang akan digunakan untuk mengawal ototnya. Anda mungkin perasan yang bayi melakukan sesuatu pergerakan berulangkali sehingga dia mampu mengawal pergerakannya “secara sedar”. Sebelum itu, pergerakannya seperti tidak mampu dikawal dan terjadi secara automatik.

Jadi, bayi yang ringan badannya, secara amnya, lebih cepat belajar untuk mengawal pergerakan badannya oleh kerana tidak terbatas oleh berat badannya..

Walaupun bayi yang aktif seperti ini macam tak banyak tidur atau tidur tak lama, sebenarnya tidurnya cukup. Dia akan tidur bila dia rasa nak tidur dan bangun apabila rasa cukup. (Babysitter atau maid mungkin akan merasa penat menjaga bayi yang aktif seperti ini…kalau bayi tidur lama, memang akan menyenangkan babysitter dan maid!)

Kalau bayi anda sihat, aktif belajar bergerak dan susu perahan mencukupi serta dia mahu makan dengan baik, kemungkinan besar bayi anda tidak perlu susu formula sebagai tambahan. Jadi, terpulang kepada anda untuk menimbangkan baik dan buruknya untuk tambah susu formula jika tujuannya hanya semata-mata untuk menaikkan berat badannya dan buat dia tidur lama.

**************************************************************************

apa kesimpulan mommies boleh bagi kat sini..
faham ke faham?

so, berusahalah agar baby kita dapat manfaat sepenuhnya dari susu ibu tau!!



kredit: sini

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

*Produk-produk di blog ini ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
(Berubat sebagai ikhtiar, Allah yang menyembuhkan.. Demikian maksud ayat 80: Assyuara’ –“Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan ku”)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...